Informasi Permainan Video Terkini
Epic Games Memperlihatkan Watak CGI Realistik Yang Menggunakan Unreal Engine

Epic Games Memperlihatkan Watak CGI Realistik Yang Menggunakan Unreal Engine

Diterbitkan pada Mac 23, 2018 oleh .

Adakah kemampuan grafik yang tinggi membantu menjual permainan video? Jawapan ikhlas dari kami ialah sudah pasti. Kombinasi grafik yang menakjubkan dipadankan pula dengan permainan yang menarik adalah sebab mengapa Horizon Zero Dawn dan Witcher 3 berjaya menakala The Order 1888 gagal. Di acara GDC yang sedang berlangsung, Epic Games memperlihatkan teknologi baru yang menghasilkan watak CGI yang kelihatan realistik.

Wajah pelakon terkenal Andy Serkis dihasilkan semula di dalam Unreal Engine. Teknologi animasi Meta Human Framework oleh 3Lateral digunakan bagi menghasilkan pergerakan wajah yang hampir kelihatan seperti manusia sebenar di atas. Sistem performance capture apabila dipadankan dengan Meta Human Framework ini akan menjadikan watak di dalam permainan video kelihatan hidup. Data pergerakan wajah yang sama kemudian boleh digunakan semula pada model 3D berbeza (seperti wajah makhluk asing di kanan skrin) dan masih kelihatan menakjubkan.

Animasi wajah pada watak permainan video ialah antara yang sukar dilakukan. Dengan penggunaan teknologi seperti ini, masalah animasi yang gagal seperti Mass Effect Andromeda tidak akan berlaku lagi.


TIPS & ULASAN