Bagi anda yang meminat siri anime mahupun permainan visual novel Clannad, anda kini berpeluang untuk bermain permainan tersebut di konsol Playstation 4 yang mana hari ini, melalui laporan Gematsu, permainan tersebut bakal tiba di konsol tersebut bersama sokongan sarikata bahasa Inggeris.

Tambahan juga, versi Playstation 4 bagi permainan tersebut akan disertakan sokongan resolusi HD dengan segala imej visual novel yang beresolusi tinggi. Muzik latar bersama bunyian juga akan disertakan dengan sokongan 5.1ch bunyi sekeliling.

Pemain juga berupaya untuk mengubah sarikata permainan tersebut daripada bahasa Jepun ke bahasa Inggeris. Namun dari segi suara latar, ia hanya akan mempunyai suara latar asal iaitu bahasa Jepun sahaja.

Clannad versi Playstation 4 akan dilancarkan pada 14 Jun ini buat pasaran Jepun dengan harga ¥5,616(~RM210).

Sohor Kini