SteamSpy Mengatakan Steam Mendapat Keuntungan Tertinggi Pada Tahun 2017

SteamSpy merupakan laman yang mengeluarkan maklumat mengenai anggaran jualan sesuatu permainan terjual di Steam. Mereka melakukan ini dengan memantau lebih 800,000 akaun Steam. Mengikut pencipta laman ini Sergey Galyonkin pada tahun 2017 pendapatan Steam adalah $4.3 bilion berbanding $3.5 untuk tahun 2016.

Peningkatan ini menurut beliau disebabkan oleh populariti Playerunknown’s Battleground (PUBG) yang meningkat sepanjang tahun 2017. PUBG telah terjual sebanyak hampir 28 juta unit yang membawa pulangan $600 juta dan diikuti oleh CS:GO yang terjual 12.5 juta unit dan pulangan sebanyak $120 juta.

Galyonkin mengatakan separuh pendapatan dijana oleh sebilangan kecil permainan yang dikeluarkan. Pada tahun 2017 secara keseluruhan ada 7,696 permainan dikeluarkan akan tetapi kebanyakan pendapatan adalah permainan yang memasuki 100 tertinggi dari segi jualan.

Walaupun ini adalah sesuatu yang baik untuk Steam akan tetapi Galyonkin mengatakan pemain kini membeli kurang permainan berbanding tahun sebelum ini. Median pemilikan setiap pemain adalah 2 permainan dan purata sebanyak 10 permainan iaitu berkurangan berbanding sebelum ini.

Sohor Kini