Permainan Percuma Hari Ini : F1 2015

Bagi anda yang meminati permainan berbentuk perlumbaan kereta, kini anda boleh menebus permainan percuma F1 2015 melalui Humble Store untuk pengguna Windows.

F1 2015

F1 2015 telah dilancarkan pada tahun 2015 yang lepas, dan ia merupakan permainan berasaskan kepada lumba kereta 2015 Formula One, dan dibangunkan oleh Codemasters. Seperti permainan F1 yang lain, ia turut menawarkan kawalan yang hampir realistik, dan mengambil kira pelbagai perkara latar dalam kawalan kenderaan dan sebagainya.

Bagi anda yang meminati genre permainan berbentuk perlumbaan, anda boleh mendapatkan F1 2015 ini secara percuma daripada Humble Store hari ini.

Muat-Turun F1 2015 untuk Windows

Sohor Kini