Informasi Permainan Video Terkini
Gotcha Racing 2nd Diumumkan Buat Switch – Bakal Tiba 29 Mac Di Nintendo eShop

Gotcha Racing 2nd Diumumkan Buat Switch – Bakal Tiba 29 Mac Di Nintendo eShop

Diterbitkan pada Mac 22, 2018 oleh .

Arc System Works hari ini mengumumkan permainan perlumbaan Gotcha Racing 2nd yang mana ia bakal tiba di konsol Switch bermula 29 Mac ini. Permainan ini akan hanya dijual melalui Nintendo eShop dengan harga $9.99(~RM40).

Gotcha Racing 2nd merupakan permainan perlumbaan yang memfokuskan pandangan atas dimana ia mempunyai sistem permainan seakan permainan Gacha yang terkenal di Jepun. Dengan membeli “Gacha”, pemain berpeluang untuk menaik-taraf kenderaan dengan pelbagai alat ganti kenderaan bersama bermain secara multi-pemain dengan pelbagai bentuk permainan.

Bagi anda yang berminat dengan bentuk permainan perlumbaan klasik seperti ini, jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkannya secara esklusif di konsol Switch bermula 29 Mac ini.