Pada awal tahun ini, Nintendo mengandakan acara Nintendo Direct yang mana mereka mengumumkan sebilangan permainan baru buat konsol Switch, antaranya adalah permainan Ys VIII: Lacrimosa of Dana. Kini NIS akhirnya berkongsi tarikh pelancaran bagi permainan tersebut iaitu pada 26 Jun.

Ys VIII: Lacrimosa of Dana merupakan permainan aksi JRPG yang dibangunkan oleh Nihon Falcom dan dikeluarkan oleh NIS. Ys VIII: Lacrimosa of Dana merupakan siri kelapan daripada siri permainan Ys yang mula dilancarkan sejak tahun 1987. Permainan ini meletakkan pemain sebagai watak Adol Christin dimana anda akan mengembara bersama beliau disamping menyelesaikan misteri di dalam dunia tersebut.

NIS juga mengumumkan versi Day One Adventurer’s Edition yang mana akan menyertakan sebilangan kandungan tambahan seperti kad watak khas dan poster.

Bagi anda yang berminat dengan siri Ys, jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan permainan tersebut bermula 26 Jun ini.

Sohor Kini