Lethal League, iaitu sebuah permainan perlawanan buat PC yang dilancarkan 2014 kini boleh didapati secara percuma dengan tempoh masa terhad. Namun, pihak Team Riptile tidak berkongsi tempoh masa terhad tersebut.
Lethal League adalah permainan perlawanan yang mana pemain berupaya untuk bertempur dengan pemain lain melalui atas-talian ataupun luar-talian sehingga 4 pemain. Ia mempunyai bentuk permainan seakan Super Smash Bros. namun ia mempunyai sedikit perbezaan yang mana pemain perlu memukul bola anti-graviti untuk membuat sebilangan jenis serangan.
Kini, permainan tersebut boleh didapati secara percuma melalui laman Fanatical. Melalui laman tersebut, pemain berupaya untuk menghubungkan ke akaun Steam pemain dan menebus kod permainan tersebut melalui Steam.
Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan permainan Lethal League secara percuma hari ini.
[download] Muat-Turun : Lethal League [/download]