Informasi Permainan Video Terkini
Permainan Percuma Hari Ini: HITMAN Spring Pack (Episod 2 – Sapienza)
PC

Permainan Percuma Hari Ini: HITMAN Spring Pack (Episod 2 – Sapienza)

Diterbitkan pada Mac 22, 2018 oleh .

Hitman merupakan permainan terbaru untuk siri Hitman dan dikeluarkan pada 2016, berbeza dengan permainan Hitman yang lain kali ini IO Interactive mengeluarkan permainan ini secara ber-episod.

Pemain boleh membeli dan bermain setiap episod secara berasingan, dan pada hari ini IO Interactive memberikan Episod 2 – Sapienza secara percuma sebagai Hitman Spring Pack. Jika anda ingin mencuba Hitman tetapi tidak ingin membeli mana-mana episod, ini adalah peluang anda untuk mendapatkannya.

Melalui episod ini anda akan mendapat misi penceritaan ‘World of Tomorrow’, 20 levels of mastery, lebih pada 100 cabaran, 7 pencapaian dan trofi dan juga kesemua Escalation Contracts. Sebarang penambahan kandungan untuk episod ini pada masa hadapan turut akan didapati oleh pemain.

Apabila pemain memuat turun, permainan ini akan selamanya menjadi hak milik. Tawaran ini terbuka untuk PC, Playstation 4 dan juga Xbox One akan tetapi pemain di Malaysia hanya dapat memuat turun melalui Steam.

Muat Turun Hitman Spring Pack


TIPS & ULASAN