Corfox and Bros. hari ini mengumumkan permainan Oceanhorn 2: Knights Of The Lost Realm bersempena dengan acara Game Developers Conference (GDC) yang berlangsung minggu di Amerika Syarikat.
Menurut Corfox and Bros., Oceanhorn 2 kali ini akan meletakkan pemain di kenegaraan Owru yang mana pemain akan menetang tentera Mesmeroth. Menariknya bagi mereka yang berada di acara GDC tersebut, Corfox and Bros. menyediakan demo permainan khas yang meletakkan pemain di Great Jungle of Pirta.
Namun buat masa ini,Corfox and Bros. masih belum berkongsi informasi lanjut berkenaan permainan bersama tarikh pelancarannya. Mereka juga menyatakan bahawa buat masa ini, ia akan dilancarkan di peranti telefon pintar iOS, yang mana berdasarkan trailer tersebut, ia dimainkan di peranti iPhone 7 Plus melalui enjin permainan Unreal Engine 4.