Skip to main content

Madfinger Games sebelum ini telah hadir dengan beberapa permua aksi menarik, termasuk antaranya adalah Shadowgun, Dead Trigger, dan sebagainya. Hari ini, mereka turut telah melancarkan satu lagi permua aksi menarik, iaitu Shadowgun Legends.

Shadowgun Legends

Shadowgun Legends menawarkan permainan tembak-menembak pandang pertama, dan turut menyertakan elemen permainan seumpama RPG didalamnya. Pemain boleh memainkan sekitar lebih 200 misi permainan perseorangan, atau turut memainkan misi dan bersaing dengan rakan-rakan lain melalui arena PvP.

Seperti pelbagai permainan lain, ia turut menyertakan pelbagai pilihan senjata, kebolehan mengubah paparan watak, dan sebagainya.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun permua Shadowgun Legends ini secara percuma daripada Google Play Store hari ini. Ia dijangka diterbitkan untuk iOS secara rasminya esok.

[download]Muat-Turun Shadowgun Legends di Play Store[/download]

Leave a Reply