Nintendo baru sahaja mengumumkan 14 permainan dari pembangun indie untuk Switch tetapi nampaknya tidak mencukupi kerana melalui akaun Twitter rasmi Nintendo of Ameria, mereka mengumumkan Hyper Light Drifter juga akan tiba untuk Switch pada suku ketiga 2018.
Journey through a beautiful, vast world riddled with dangers when #HyperLightDrifter launches on #NintendoSwitch #eShop this summer! #Nindies pic.twitter.com/8tUu8Q4RVo
— Nintendo of America (@NintendoAmerica) March 20, 2018
Selain itu Heart Machine iaitu pereka permainan ini mengacah permainan ini dimainkan di Switch. Hyper Light Drifter merupakan permainan yang mempunyai persekitaran dan pertempuran yang unik. Dikeluarkan untuk hampir kesemua konsol lain tetapi kami semestinya tidak sabar untuk mencubanya di Switch.
Dash dash pic.twitter.com/gVxfg4kGMY
— Alx Preston | Heart Machine (@HeartMachineZ) March 20, 2018


