Informasi Permainan Video Terkini
ASUS King of Mobile 2018 Berlangsung – Kejohanan E-Sukan Free Fire Battlegrounds

ASUS King of Mobile 2018 Berlangsung – Kejohanan E-Sukan Free Fire Battlegrounds

Diterbitkan pada Mac 20, 2018 oleh .

ASUS dengan kerjasama Pokde.net dan sokongan dari Garena Malaysia, Mighty Monster dan Monster Energy menganjurkan King of Mobile 2018 iaitu kejohanan e-sukan bagi permua Free Fire Battlegrounds pada 17 Mac 2018 di MyTown Shopping Mall, Cheras.

Kejohanan yang dianjurkan buat kali kedua ini memperlihatkan 80 orang pemain bertempur bagi merebut hadiah utama iaitu antaranya adalah ASUS ZenFone Max Plus. Pada kejohanan lepas pemain perlu bertempur melalui 4 permainan berlainan tetapi untuk kali ini hanya permua Free Fire Battlegrounds digunakan.

Ditonton oleh lebih 100 orang, kejohanan ini mempunyai 20 pasukan yang terdiri daripada 4 orang yang bertempur sebanyak 7 kali pada pusingan pertama, 4 kali untuk pusingan seterusnya, 2 kali untuk pusingan separuh akhir dan 1 kali pusingan akhir. Hanya di pusingan akhir pemain bertempur secara berseorangan.

Johan untuk kejohanan kali ini adalah Ahmad Malik, dan diikuti naib johan iaitu Azwan Radzali, Noor Alif Danial dan Siti Aisyah yang membawa pulang antaranya adalah ASUS ZenFone Max Plus M1.

Kami di Aksiz ingin mengucapkan syabas kepada ASUS dan Pokde.net atas kejayaan menganjurkan kejohanan ini dan juga tahniah kepada semua pemenang.


TIPS & ULASAN