Skip to main content

Ys: Memories of Celceta pertama kali dikeluarkan untuk PS Vita pada tahun 2012 dan kemudian hadir untuk PC pada 2015 akan tetapi hanya untuk pasaran China. Xseed Games mengumumkan mereka akan menerbitkan permainan ini versi PC untuk pasaran global dan akan dikeluarkan pada suku ketiga 2018.

Permainan ini merupakan siri rasmi untuk Ys 4 kerana ia turut dibangunkan oleh Nihon Falcom dan seperti Ys 4 permainan ini berlaku di antara Ys 2 dan Ys 3. Versi PC akan mendapat resolusi 1080p dan frame rate tidak dihadkan. Berdasarkan permainan-permainan lain yang diterbitkan oleh Xseed seperti siri The Legend of Heroes dan Ys sendiri, permainan ini akan dikeluarkan dengan baik.

Anda boleh menonton binaan awal untuk permainan ini melalui strim pengumuman menggunakan pautan ini. Pemain yang sudah mencubanya di Vita adakah anda akan membelinya sekali lagi?

Leave a Reply