Informasi Permainan Video Terkini
Putrajaya Direkabentuk Secara Maya Melalui Permainan Cities : Skylines
PC

Putrajaya Direkabentuk Secara Maya Melalui Permainan Cities : Skylines

Diterbitkan pada Mac 18, 2018 oleh .

Cities : Skylines Merupakan salah satu permainan simulasi rekabentuk bandar yang popular, dan ditawarkan untuk beberapa platform. Terkini, menariknya, salah seorang pemain permainan berkenaan telah hadir dengan rekaan semula bandar Putrajaya melalui permainan berkenaan.

Putrajaya Cities

Putrajaya Cities

Putrajaya Cities

Direkabentuk sepenuhnya menggunakan permainan Cities : Skylines, ia turut memaparkan animasi mengelilingi bandar berkenaan. Gilbert Plays turut mengambil pelbagai elemen rekabentuk untuk dihasilkan semula secara maya melalui permainan ini.

Dengan ini, mungkinkah kita akan melihat lebih banyak simulasi bandar maya lain turut dihasilkan para peminat permainan berkenaan selepas ini?