Informasi Permainan Video Terkini
Curve Digital Mengumumkan Permainan Berdasarkan Siri Netflix Narcos

Curve Digital Mengumumkan Permainan Berdasarkan Siri Netflix Narcos

Diterbitkan pada Mac 16, 2018 oleh .

Melalui video 10 saat yang hanya memperlihatkan perkataan Narcos sahaja, Curve Digital dan pembangun Kuju Games mengumumkan kerjasama dengan Gaumont untuk mengeluarkan permainan berdasarkan siri Netflix Narcos.

Buat masa ini tiada maklumat lanjut yang dikongsi kan, tetapi mengikut yang tertulis di Youtube, permainan ini akan dikeluarkan pada suku kedua 2019 untuk PC dan juga kesemua konsol utama (Playstation 4, Xbox One dan Switch).

Untuk peminat siri Narcos sudah semestinya ini akan dinantikan, kami sudah semestinya akan berkongsi lebih lanjut mengenai permainan ini apabila lebih maklumat dikeluarkan nanti.