Watak Dana White Kini Boleh Dimainkan Di Dalam EA Sports UFC 3

Terdapat banyak watak atlet sukan lasak boleh dikawal di dalam EA Sports UFC 3. Connor McGreggor dan Ronda Rousey adalah yang paling popular. Tetapi watak bonus seperti Bruce Lee dan Joe Rogan juga boleh dimainkan. Hari ini watak Presiden UFC Dana White pula ditawarkan kepada pemilik permainan ini.

Kepada mereka yang sudah lama menyimpan dendam untuk membelasah atau mencekik beliau sehingga melakukan Tap-Out, kini ia boleh dilakukan secara maya menerusi tampalan permainan terkini. Walaupun beliau hanya seorang presiden syarikat yang tidak aktif, statistik beliau adalah agak tinggi dengan 91 markah untuk Striking dan 86 markah untuk Grappling. Ini ialah statistik yang lebih tinggi berbanding Michael Bisping. EA Sports UFC 3 boleh dimainkan di Playstation 4 dan Xbox One.

Sohor Kini