Informasi Permainan Video Terkini
EA Sports UFC 3 Diumumkan – Bakal Tiba 2 Februari 2018 Di Playstation 4 Dan Xbox One

EA Sports UFC 3 Diumumkan – Bakal Tiba 2 Februari 2018 Di Playstation 4 Dan Xbox One

Diterbitkan pada November 6, 2017 oleh .

Lanjutan daripada pengumuman EA pada minggu lepas, EA hari ini akhirnya mengumumkan permainan EA Sports UFC 3 bakal dilancarkan pada 2 Februari 2018 khas di Playstationn 4 dan Xbox One.

Terdapat dua versi yang diumumkan buat permainan tersebut iaitu edisi biasa dan edisi Champions. Edisi Champions bakal menyertakan akses 3 hari lebih awal untuk pemain bermain, 20 pek premium dan juga sebilangan watak pelawan esklusif.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan permainan ini, anda boleh melayari laman EA untuk membuat pra-tempahan dan mengetahui informasi lebih lanjut.

Pra-Tempah : EA Sports UFC 3