Informasi Permainan Video Terkini
PUBG Mobile Mula Di Uji Di Luar China

PUBG Mobile Mula Di Uji Di Luar China

Diterbitkan pada Mac 16, 2018 oleh .

PUBG atau nama penuhnya, Player Unknown’s Battlegrounds telah mencipta nama sebagai antara permainan popular pada tahun lepas. Buat masa ini, ia hanya ditawarkan melalui Steam dan Xbox One – selain turut dalam bentuk permua di China.

Versi permua ini dibangunkan oleh Tencent hasil kerjasama dengan Bluehole. Selepas ia dilancarkan di China sebelum ini, kini pembangunnya turut dilihat ingin menawarkan permua PUBG untuk pasaran global tidak lama lagi.

Buat masa ini, PUBG Mobile diuji di Android, dan hanya terhad kepada para pemain di Kanada sahaja.

PUBG Mobile

Melaluinya, ia menawarkan pengalaman permainan sama seperti versi PC, dimana 100 pemain akan menyertai sesuatu perlawanan, dan pemain perlu menjadi pemain terakhir yang hidup dalam permainan berkenaan.

Pengenalan permua ini untuk pasaran global sedia dinantikan ramai – apatah lagi dengan pelbagai permua dengan ciri lebih kurang sama ditawarkan, termasuk dari NetEase, iaitu Rules of Survivor.

Ia tidak diketahui lagi bilakah PUBG Mobile ini akan dilancarkan pada peringkat global. Dengan ujian awal yang telah dimulakan ini, mungkin kita boleh melihat pelancaran rasminya dalam beberapa minggu atau bulan lagi.

Layari : PUBG Mobile di Google Play Store


TIPS & ULASAN