The Elder Scrolls V: Skyrim sudah dikeluarkan 7 tahun lepas akan tetapi Bethesda masih mengeluarkan versi terbaru untuk permainan ini. Pada November tahun lepas, Skyrim VR iaitu permainan Skyrim yang boleh dimainkan secara realiti-maya dikeluarkan eksklusif untuk PSVR.
Hari ini Bethesda melalui penulisan di blog rasmi mereka mengumumkan Skyrim VR akan tiba untuk PC mengunakan SteamVR yang akan menyokong HTC Vice dan juga Oculus Rift.
Skryim VR sekarang boleh di pra-tempah melalui Steam dengan harga RM236.99. Walaupun ini merupakan versi realiti-maya akan tetapi bagi kami harga penuh untuk permainan yang dikeluarkan 7 tahun dahulu adalah agak mahal.
[info]Steam: The Elder Scrolls V: Skyrim VR[/info]