Informasi Permainan Video Terkini
Runbow Akan Dikeluarkan Untuk Playstation 4 dan Switch Pada 24 April 2018

Runbow Akan Dikeluarkan Untuk Playstation 4 dan Switch Pada 24 April 2018

Diterbitkan pada Mac 15, 2018 oleh .

Runbow pertama kali dikeluarkan untuk Wii U pada tahun 2015 sebelum versi PC pada tahun 2016, 3DS dan Xbox One pada tahun 2017, kini 13AM Games mengumumkan permainan ini akan tiba untuk Playstation 4 dan Switch pada 24 April 2018.

Runbow adalah permainan perlumbaan platformer yang boleh dimainkan 9 pemain serentak secara atas-talian. Manakala untuk perlumbaan diluar-talian, Playstation 4 hanya menyokong seramai 4 pemain dan Switch 8 pemain.

Runbow semestinya nampak sangat menarik untuk dimainkan bersama rakan. Pernahkah anda mencuba Runbow?