Informasi Permainan Video Terkini
Scavengers – Permainan Pertama Midwinter Entertainment Diumumkan
PC

Scavengers – Permainan Pertama Midwinter Entertainment Diumumkan

Diterbitkan pada Mac 14, 2018 oleh .

Midwinter Entertainment hari ini mengumumkan permainan pertama mereka iaitu Scavengers. Ia merupakan permainan yang memfokuskan multi-pemain dan koperasi antara pasukan dan bertempatkan di kawasan yang buku.

Josh Holmes, iaitu bekas pengarah kreatif bagi siri permainan Halo dari 343 Industries merupakan pengasas bagi studio pembangun permainan tersebut. Tambahan juga, sebilangan pembangun lain yang menyertai studio tersebut juga terdiri daripada pembangun-pembangun veteran di dalam industri permainan video termasuklah bekas pembangun permainan Battlefield.

Menurut Midwinter Entertainment, permainan Scavengers akan menyertakan mod seakan Halo 5 Warzone yang mana ia akan meletakkan sebilangan pasukan pemain di dalam satu kawasan yang luas dan pemain berupaya untuk meneroka dan bertempur sesama sendiri dan juga bertempur bersama musuh yang berkercedasan buatan.

Pemain juga berpeluang untuk mengumpul barangan, meneroka kawasan dan mencari kelengkapan seakan permainan berbentuk Battle Royale. Namun, melalui permainan ini, selain daripada bertempur dengan pemain lain, musuh yang berkercedasan buatan juga memainkan peranan yang penting dan pemain perlu bekerjasama untuk mengalahkan mereka.

Buat masa ini, Midwinter Entertainment masih belum berkongsi informasi lanjut berkenaan permainan tersebut. Tetapi, ini merupakan konsep permainan yang sangat menarik memandangkan konsep Battle Royale sering dilakukan oleh pembangun lain, tampaknya permainan ini akan mempunyai bentuk yang sedikit berlainan berbanding permainan Battle Royale yang lain.


TIPS & ULASAN