Hari ini, Bigben Interactive dan Kylotonn Entertainment mengumumkan permainan perlumbaan V-Rally 4 akan dilancarkan pada September ini. Menurut mereka, permainan tersebut akan tiba di kesemua konsol generasi kini dan juga PC.
V-Rally 4 merupakan permainan perlumbaan rali yang pertama dilancarkan sejak pelancaran V-Rally 3 2002 lepas. Kini, siri V-Rally akan kembali dengan lebih dari 50 kenderaan rali dimana pemain berupaya untuk berlumba, mengubah-suai, mengumpul dan sebagainya buat kenderaan-kenderaan tersebut termasuklah kenderaan ikonik seperti Porshe 911 Safari, Ford Mustang dan Ford Fiesta RS RX.
Dengan pelancaran V-Rally 4 ini, pembangun permainan menyatakan bahawa mereka berharap dapat memberi peluang kepada peminat untuk menikmati bentuk permainan perlumbaan yang sempurna dan seimbang dari segi persembahan, simulasi dan teknologi.
Bagi anda yang meminati perlumbaan rali, jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan permainan V-Rally bermula September ini di konsol Playstation 4, Xbox One, Switch dan PC.