Informasi Permainan Video Terkini
Microsoft Menembak Seorang Lelaki Keluar Dari Meriam Bersempena Pelancaran Sea Of Thieves
PC

Microsoft Menembak Seorang Lelaki Keluar Dari Meriam Bersempena Pelancaran Sea Of Thieves

Diterbitkan pada Mac 14, 2018 oleh .

Bersempena dengan pelancaran Sea Of Thieves pada 20 Mac ini, Microsoft mengadakan acara khas yang mana mereka menembak David “The Bullet” Smith keluar melalui meriam. Pada masa yang sama, hasil tembakan tersebut juga merupakan rekod dunia Guinness.

Acara ini diadakan di Florida, Amerika Syarikat dimana Microsoft menembak David Smith keluar dari meriam sepanjang 34 kaki dan beliau terbang sehingga 200 kaki di udara sebelum jatuh di atas tilam udara. David Smith, terkenal dengan nama panggilan beliau The Bullet merupakan manusia peluru meriam yang sering melakukan lagak tersebut.

Pernembakkan ini juga merupakan teknik yang sama yang dilakukan di dalam permainan Sea Of Thieves dimana pemain akan menggunakan meriam tersebut untuk bergerak ke sesuatu kawasan ataupun ke kapal lain.

Sea Of Thieves adalah permainan pengembaraan dunia terbuka perkongsian dimana pemain akan mengawal sebagai seorang lanun. Pemain dan 3 lagi rakan lain, berupaya untuk memburu harta karun, berperang dengan lanun lain dan mengembara di dalam dunia terbuka tersebut sebagai lanun yang berlayar bersama kapal.

Sea Of Thieves bakal dilancarkan di PC dan Xbox One pada 20 Mac 2018 ini dan ia sudah boleh dipra-tempah di laman rasmi permainan tersebut.


TIPS & ULASAN