Kemaskini sistem operasi 5.0.0 untuk Switch kini dikeluarkan dan tersedia untuk di muat turun oleh kesemua pemilik Switch. Walaupun ini merupakan kemas-kini utama, akan tetapi tidak banyak penambahan yang diberikan.
Berikut adalah senarai penuh penambahan untuk kemaskini ini.
- Rakan Facebook dan Twitter yang menyambungkan akaun mereka ke Switch kini boleh ditambah dan juga cadangan rakan juga akan dikeluarkan.
- Penambahan 24 ikon daripada watak siri permainan ARMS dan Kirby.
- Permainan yang dibeli secara digital melalui PC ataupun peranti pintar akan di muat turun dengan lebih cepat walaupun Switch sedang berada di dalam mod tidur.
- Berita kini boleh di tapis untuk hanya menampilkan berita yang belum dibaca dan daripada channel tertentu.
- Untuk memastikan PIN bagi kawalan ibu bapa lebih tersembunyi, PIN akan dimasukkan menggunakan pengawal berbanding papan kekunci di atas skrin.
- Rakaman video di dalam galeri akan mengikut kawalan ibu bapa.
- Pemberitahuan akan dikeluarkan apabila permainan yang di pra-tempah boleh dimainkan.
- Menyelesaikan masalah Play Activity menunjukkan jumlah yang salah.
Walaupun tidak banyak akan tetapi menambah rakan Facebook dan Twitter sudah semestinya lebih memudahkan. Anda sudah memuat turun dan memasang kemaskini ini?