Skip to main content

Chuklefish iaitu penerbit untuk Stardew Valley dan Starbound mengumumkan permainan terbaru iaitu Pathway dengan kerjasama dengan Robotality.

Pathway merupakan permainan strategi mengikut urutan seperti Halfway iaitu permainan yang dikeluarkan oleh mereka pada tahun 2014. Berbeza dengan Halfway yang bertemakan fiksyen sains, Pathway lebih memfokuskan kepada dunia arkeologi pada tahun 30-an.

Buat masa ini permainan ini hanya disahkan untuk keluaran di PC, Mac dan Linux. Walaupun disenaraikan untuk keluaran tahun 2018 akan tetapi tiada tarikh tetap yang dikongsikan. Anda boleh menonton video trailer permainan ini dibawah.

Permainan Halfway agak menarik akan tetapi mempunyai terlalu rawak menjadikan agak kurang seronok untuk dimainkan. Diharapkan Pathway menyelesaikan masalah ini.

Leave a Reply