Informasi Permainan Video Terkini
League Of Legends Championship Malaysia 2018 Akan Berlangsung Pada Hujung Minggu Ini Di Quill City Mall Kuala Lumpur

League Of Legends Championship Malaysia 2018 Akan Berlangsung Pada Hujung Minggu Ini Di Quill City Mall Kuala Lumpur

Diterbitkan pada Mac 13, 2018 oleh .

Garena hari ini mengumumkan bahawa acara akhir bagi League Of Legends Championship Malaysia 2018 akan berlangsung pada hujung minggu ini di Quill City Mall Kuala Lumpur.

Lapan pasukan yang akan bertarung untuk merebut takhta juara League Of Legends Championship Malaysia 2018 (LCM 2018) membawa pulang sejumlah wang hadiah bernilai RM168,000 dimana pusingan pertama akan berlangsung pada 14 sehingga 15 Mac ini dimana anda boleh menyaksinya secara langsung di laman Facebook rasmi LCM. Lapan pasukan yang akan bertempur adalah:

  • Kuala Lumpur Hunters
  • Geek Fam
  • Nirvana Gaming
  • Orange Esports
  • Fire Dragoon
  • Allegiance
  • SP Gaming
  • Climax

Bagi acara akhir pusingan LCM 2018 pula akan berlangsung pada hujung minggu ini, 17 sehingga 18 Mac di Quill City Mall dimana tiga pasukan terbaik akan bertempur di pusingan akhir LCM.

Tambahan juga, selain kejohanan LCM 2018, Garena juga mengadakan pertandingan Cosplay Collision yang mana terdapat 10 Cosplayers terbaik akan mempamerkan bakat Cosplay mereka di acara tersebut untuk merebut jumlah hadiah bernilai RM10,000. Menariknya juga, juri bagi pertandingan cosplay tersebut akan dihadiri oleh Aza Miyuko dan pasukan A Crown iaitu pasukan Cosplayer terkenal daripada Korea.

Dengan sokongan Lenovo Legion, acara tersebut akan terdiri daripada sebilangan laptop permainan Lenovo Legion Y520 dan Legion Y720. Menurut Khoo Hung Chuan, Pengurus Lenovo Malaysia dan Singapura, mereka sangat percaya bahawa komuniti permainan layak menerima sistem permainan video yang mencermin minat pemain dan mereka akan terus menyokong e-sukan melalui kejohanan seperti LCM 2018 yang bakal berlangsung ini.

Bagi anda yang berminat untuk menonton acara tersebut, anda boleh menghadirkan diri anda di Quill City Mall pada hujung minggu ini untuk menyaksikan acara tersebut secara langsung. Garena juga mengumumkan bahawa pusingan akhir bagi LCM 2018 juga akan ditayangkan secara langsung di TV9 pada 18 Mac jam 5 petang sehingga 8 malam.


TIPS & ULASAN