Informasi Permainan Video Terkini
Valve Melancarkan Dota Plus – Perkhidmatan Langganan Bulanan Untuk Dota 2
PC

Valve Melancarkan Dota Plus – Perkhidmatan Langganan Bulanan Untuk Dota 2

Diterbitkan pada Mac 13, 2018 oleh .

Valve hari ini melancarkan Dota Plus iaitu perkhidmatan langganan bulanan untuk permainan Dota 2. Dota 2 merupakan permainan percuma untuk dimainkan dan Dota Plus tidak diperlukan untuk pemain bermain Dota 2 sebaliknya pemain yang melanggani Dota Plus akan mendapat beberapa kelebihan.

Dota Plus akan menggantikan Battle Plus yang sebelum ini ditawarkan 2 kali sahaja setahun bersempena kejohanan Major dan kejohanan The International.

Antara kelebihan untuk pelanggan Dota Plus adalah

Hero Leveling – Setiap perlawanan akan memberikan XP kepada pemain yang akan digunakan untuk meningkatkan tahap setiap hero yang digunakan.  Setiap kali tahap hero meningkat pemain akan mendapat Reward Shard iaitu mata wang di dalam permainan yang boleh digunakan untuk mendapatkan barangan di dalam permainan selain itu pemain juga akan mendapat lencana khas, dan juga Hero Chat Wheel baru.

Hero Challenge – Setiap hero juga akan mempunyai challenge tersendiri yang pemain boleh lakukan selain daripada untuk menerima XP, challenge ini juga bagus untuk membiasakan pemain dengan sesuatu hero. Challenge ini boleh dipilih sebelum setiap perlawanan.

Hero Relic – Setiap hero akan mendapat 14 slot untuk relic yang boleh digunakan bagi menjejak perkembangan pencapaian. Relic ini boleh dibuka menggunakan Reward Shard.

Hadiah Mingguan – Pemain berpeluang untuk mendapat 1000 shards setiap minggu dengan hanya memenangi sekurang nya 3 permainan.

Plus Assistant – Memberikan nasihat mengenai pilihan item dan ability secara masa-nyata untuk pemain berdasarkan kumpulan data daripada permainan terbaru untuk setiap peringkat. Selain item dan ability, Plus Assistant juga boleh memberikan nasihat hero yang patut dipilih oleh pemain berdasarkan hero-hero pilihan lawan dan juga pasukan sendiri.

Battle Cup Mingguan – Pemain boleh memasuki Battle Cup secara percuma setiap minggu berbanding pemain yang tidak mempunyai Dota Plus memerlukan mereka untuk membayar $0.99 (RM3.87) setiap kali mereka ingin menyertainya.

Ada pelbagai lagi kelebihan yang diberikan untuk Dota Plus, anda boleh membacanya melalui laman rasmi untuk Dota Plus. Harga langganan Dota Plus adalah $3.99(RM15) sebulan dan pemain boleh mendapat diskaun 6% jika melanggan selama 6 bulan dan 12% jika melanggan selama 12 bulan.

Bagi pendapat anda adakah kelebihan yang diberikan melalui Dota Plus berbaloi dengan harga yang ditawarkan?


TIPS & ULASAN