Skip to main content

Coffee Stain, iaitu pembangun permainan terkenal, Goat Simulator hari ini mengumumkan permainan baru iaitu Satisfactory bersempena dengan acara GDC yang berlangsung bulan ini.

Namun buat masa ini, Coffee Stain masih belum mengumumkan sebarang informasi tambahan berkenaan permainan tersebut. Berdasarkan video acah yang dipertonton, tampaknya permainan tersebut mungkin akan melibatkan raksasa atau makhluk yang unik dan seakan cicak yang dimutasi.

Selain itu, melalui laman rasmi permainan tersebut, Coffee Stain juga menyatakan bahawa pendaftaran sesi alpha permainan tersebut juga dibuka dan anda boleh mendaftar untuk mencuba permainan tersebut lebih awal. Tarikh sesi percubaan alpha permainan tersebut dijangka untuk diadakan pada Mei ini.

Untuk mendaftarnya, anda hanya perlu meletakkan emel anda di laman rasmi permainan tersebut dan menunggu jemputan oleh pihak Coffee Stain. Namun begitu, Coffee Stain menyatakan bahawa sesi percubaan permainan tersebut adalah terhad.

[info] Daftar : Sesi Percubaan Alpha Satisfactory [/info]

Leave a Reply