Informasi Permainan Video Terkini
Permua Westworld Diumumkan – Pra-Pendaftaran Bermula Sekarang

Permua Westworld Diumumkan – Pra-Pendaftaran Bermula Sekarang

Diterbitkan pada Mac 13, 2018 oleh .

Warner Bros. Interactive Entertainment hari ini mengumumkan permua berdasarkan siri HBO terkenal, Westworld. Permua tersebut dibangunkan oleh Behaviour Interactive dan dirancang untuk dilancarkan pada iOS dan juga Android pada April tahun ini.

Menurut Warner Bros. Interactive Entertainment, pembangun permainan tersebut bekerjasama bersama penerbit dan penulis drama siri Westworld yang mana mereka akan memperkenal kandungan permainan yang akan melengkapkan siri tersebut.

Pemain akan bermain sebagai pelatih Delos di dalam simulasi Delos Park dimana pemain perlu mengendali simulasi tersebut, menjaga operasi taman tema tersebut dan juga sebagainya. Seperti di dalam drama siri Westworld, pemain akan bekerja sebagai pelatih Delos dan memastikan pelanggan berpuas hati dengan Delos Park tersebut.

Bagi anda yang berminat untuk bermain permua tersebut, buat masa ini pra-pendaftaran bagi permua tersebut dibuka melalui laman rasmi permainan tersebut. Bagi yang membuat pra-pendaftaran, anda akan mendapat sebilangan kandungan tambahan mengikut peringkat nilai pra-pendaftaran oleh pemain.

Jangan lepaskan peluang anda untuk mengendali taman tema simulasi koboi anda sendiri melalui permua Westworld ini bermula April 2018 ini.

Pra-Daftar : Permua Westworld


TIPS & ULASAN