Good Shepard Entertainment selaku penerbit untuk permainan platformer tekaria Semblance yang dibangunkan oleh Nyamakop mengumumkan permainan ini akan dikeluarkan untuk PC dan Switch pada awal tahun ini.
Melalui permainan ini, pemain akan mengawal watak yang boleh berubah bentuk, selain mengubah bentuk diri sendiri, pemain juga boleh mengubah bentuk persekitaran untuk menyelesaikan tekaria permainan ini.
Berdasarkan video pengumuman yang dikongsi kan permainan ini nampak sangat menarik dan lebih menggunakan penyelesaian masalah berbanding kecekapan mengawal. Setakat ini tiada tarikh dan harga tetap yang diberikan, kami akan kemas kini apabila diumumkan nanti.