Informasi Permainan Video Terkini
Ragnarok Online Akan Menambah Pilihan Watak Kelas 2-2 Bermula 14 Mac 2018
PC

Ragnarok Online Akan Menambah Pilihan Watak Kelas 2-2 Bermula 14 Mac 2018

Diterbitkan pada Mac 12, 2018 oleh .

Ragnarok Online telah kembali ditawarkan kepada para peminat tempatan sejak beberapa bulan yang lepas. Ia mengekalkan pelbagai penawaran seperti permainan asal Ragnarok Online, dan kini, selepas dinantikan sekian lama, pihak Ragnarok Online akan menambah pilihan watak kelas 2-2 bermula 14 Mac 2018 ini.

Ragnarok Online 2-2

Seperti permainan asal, semua pemain watak kelas 1-1 akan boleh naik-taraf watak ke kelas 2-2 selepas mencapai tahap 40. Antara watak yang akan ditawarkan dibawah kelas 2-2 adalah termasuk Crusader, Sage, Alchemist, Rogue, Monk, dan juga Dancer.

Walaubagaimanapun, pilihan watak Super Novice tidak akan disertakan melalui kemaskini 14 Mac 2018 ini.

Para pemain akan diperlukan untuk mengemaskini permainan mereka pada 14 Mac ini, dan akan dapat menaik-taraf watak ke kelas 2-2 ini selepas itu.


TIPS & ULASAN