Baru-baru ini, Bandai Namco sering mempertontonkan watak-watak lama dari siri Soul Calibur buat permainan terbaru Soul Calibur VI yang mana pada masa yang sama, penerbit permainan tersebut, Motohiro Okubo juga berkongsi pendapat beliau berkenaan watak tersebut.
Kini, Bandai Namco akhirnya berkongsi watak terbaru bagi permainan tersebut iaitu Groh dan beliau mempunyai pedang yang berupaya untuk dipisahkan menjadi dua pedang.
Menurut Motohiro Okubo, Groh merupakan watak yang berasal dari Norway yang mana beliau mempunyai rupa dan sikap yang lebih tenang. Senjata beliau, bernama Double Saber iaitu pedang yang berupaya untuk dipisahkan menjadi dua dan ia merupakan konsep pedang yang pertama bagi siri Soul Calibur yang mempunyai ciri tersebut. Buat masa ini, Bandai Namco masih belum berkongsi informasi lanjut malah Motohiro Okubo menyatakan bahawa Groh merupakan salah satu watak terpenting bagi permainan ini.
Soul Calibur VI merupakan permainan perlawanan yang memfokuskan pertempuran secara bersenjata. Seperti permainan Soul Calibur sebelum ini, permainan Soul Calibur VI akan memfokuskan bentuk perlawanan secara 8 arah pergerakkan. Soul Calibur VI dirancang untuk dilancarkan pada tahun ini buat konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.