Playdead, iaitu pembangun permainan terkenal Limbo dan Inside hari ini memperacah permainan seterusnya oleh mereka melalui akaun Twitter rasmi pembangun tersebut dengan memaparkan imej karya seni konsep.

Menariknya, seperti permainan Playdead sebelum ini, karya seni konsep tersebut tampaknya memaparkan tema yang seakan permainan mereka sebelum ini dengan berwarna hitam dan putih. Berdasarkan imej tersebut juga, ia juga memaparkan seakan banyangan seseorang dan mungkin juga permainan tersebut akan mempunyai bentuk side-scroller seperti permainan mereka sebelum ini.

Namun begitu, ini hanyalah spekulasi kami dan mungkin juga permainana akhir oleh mereka akan mempunyai bentuk permainan yang berlainan.

Melalui Tweet yang sama, tampaknya Playdead akan berkongsi informasi lanjut ketika acara Games Developers Conferences 2018 yang bakal berlangsung 21 Mac ini. Seperti biasa, kami di Aksiz akan berkongsi sebarang informasi tambahan oleh mereka.

Sohor Kini