Bandai Namco hari ini mengumumkan bahawa permainan One Piece: Pirate Warriors 3 Deluxe Edition akan dilancarkan secara global di konsol Switch pada 11 Mei ini. Permainan tersebut asalnya dilancarkan di konsol Playstation 4, Playstation 3, Playstation Vita dan PC pada 2015 lepas.

One Piece: Pirate Warriors 3 Deluxe Edition akan menyertakan kesemua DLC pernambahan sebelum ini yang mana menurut Bandai Namco, terdapat melebihi 40 DLC akan disertakan bersama. Selain itu, pemain juga berupaya untuk bermain permainan tersebut secara koperasi luar-talian dengan menggunakan alat kawalan JoyCon di konsol tersebut.

One Piece: Pirate Warriors 3 Deluxe Edition merupakan permainan aksi pertempuran seakan permainan Musou ataupun Dynasty Warriors dimana ia meletakkan pemain di satu kawasan luas dan pemain perlu bertempur dengan sebilangan jumlah musuh yang banyak. Dengan memfokuskan watak-watak dari siri anime One Piece, pemain berupaya untuk menggunakan watak seperti Monkey D. Luffy dan sebagainya yang mana pemain akan mengembara di dalam dunia lanun tersebut untuk menjadi raja lanun.

Bagi anda yang meminati bentuk permainan Musou oleh Omega Force dan anime One Piece, jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkannya di konsol Switch bermula 11 Mei ini.

Sohor Kini