Pembangun permainan Parabole dan pengeluar permainan Ravenscourt hari ini mengumumkan bahawa permainan pengembaraan pertahanan hidup mereka, KONA kini tiba di konsol Nintendo Switch secara digital.

Dengan bertempatkan di kawasan utara Kanada, pemain akan mengembara sebagai watak detektif Carl Fauberet dimana beliau perlu meneroka dan menyiasat kawasan perkampungan malah perlu meneruskan hidup di dalam kawasan yang mengalami ribut salji.

KONA sebelum ini dilancarkan di PC melalui Steam pada 2016 lepas manakala versi konsol Playstation 4 dan Xbox One dilancarkan pada 2017 lepas. Kini dengan pelancaran permainan tersebut di konsol Nintendo Switch, pemain berupaya untuk bermain permainan pengembaraan tersebut dimana sahaja.

Jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan permainan pengembaraan pertahanan hidup KONA bermula hari ini di konsol Switch melalui Nintendo eShop.

Sohor Kini