PUBG hari ini berkongsi pelan tindakan untuk 2018 melalui penulisan di laman rasmi mereka. Pelan tindakan ini mengandungi pelbagai penambah-baikkan yang dirancang untuk PUBG dan akan dikeluarkan secara berperingkat sepanjang tahun 2018.

Untuk lebih melibatkan pemain di dalam pembangunan PUBG, mereka akan melancarkan pelayan percubaan untuk pemain yang ingin mencuba penambahan sebelum dikeluarkan untuk permainan utama.

Pada bulan hadapan mereka akan mengeluarkan peta baru iaitu 4x4km Island Map di pelayan percubaan. Peta ini adalah lebih kecil berbanding peta biasa untuk PUBG iaitu 8x8km. Dengan peta yang lebih kecil, permainan akan lebih pendek dan padat. Mereka juga akan mengeluarkan satu lagi peta pada tahun ini yang bersaiz biasa.

Mereka juga merancang untuk memperkenalkan sistem Emote, pemain akan boleh mencubanya di pelayan percubaan tidak lama lagi. Selain itu mereka juga akan mengeluarkan pelbagai mod permainan baru dan menarik.

Selain itu mereka juga akan memastikan kelancaran prestasi PUBG akan terus dipertingkatkan. Ini termasuk untuk melawan penipuan, kestabilan pelayan. Ada pelbagai lagi penambah-baikkan yang dirancang di dalam pelan tindakan ini anda boleh membacanya di laman rasmi PUBG.

Sohor Kini