Informasi Permainan Video Terkini
The Division 2 Sedang Dibangunkan Oleh Ubisoft

The Division 2 Sedang Dibangunkan Oleh Ubisoft

Diterbitkan pada Mac 9, 2018 oleh .

Tom Clancy’s The Division ialah permainan MMO yang berkisar dunia pasca serangan virus yang mengakibatkan kematian berbilion manusia. Semasa trailer pertama dipertontonkan, ia memberikan kami harapan sebuah permainan moden dengan sentuhan mendiang Clancy dapat direalisasikan.

Tetapi harapan lebur kerana permainan sebenar adalah agak membosankan dengan grafik yang berbeza dari trailer asal. Sungguhpun jumlah pemain sudah berkurangan, Ubisoft masih mempunyai perancangan untuk siri ini. Mereka telah mengumumkan The Division 2 sedang dibangunkan oleh pasukan yang menghasilkan permainan asal iaitu Massive Entertainment dengan kerjasama Ubisoft Reflections, Red Storm Entertainment, Ubisoft Annecy, Ubisoft Shanghai danUbisoft Bucharest. Maklumat lebih lanjut mengenai permainan ini akan dikongsi di acara E3 2018 kelak. Mari kembali ke Dark Zone.


TIPS & ULASAN