Skip to main content

Dengan perkembangan industri permainan video di peringkat dunia, Facebook minggu ini melancarkan kempen khas “Women In Gaming” yang mana mereka memfokuskan wanita di dalam industry permainan video. Kempen tersebut bertujuan untuk mempromosi kepelbagaian di dalam arena permainan video dan pada masa yang sama menggalakkan wanita untuk menyertai industri tersebut.

Sheryl Sandberg, COO Facebook juga menyatakan bahawa permainan video merupakan salah satu aktiviti yag sihat dimana masyarakat berkongsi minat dan wanita memainkan peranan penting di dalam industri tersebut. Beliau juga berkongsi watak-watak wanita yang terkenal di dalam permainan video seperti Aloy dari Horizon Zero Dawn dan Chloe dari Uncharted: The Lost Legacy yang mana juga memainkan peranan penting di dalam permainan video.

Selain daripada video ucapan oleh Sheryl Sandberg, terdapat juga sebilangan video wanita-wanita lain yang mana mereka berkongsi pengalaman mereka berkenaan industri permainan video seperti Andrea Rene pengacara dan penulis kepada What’s Good Game, Kati Levorenta iaitu CEO buat syarikat Rovio Entertainment dan sebagainya.

Ini merupakan kempen yang menarik memandangkan ramai yang menganggap bahawa industri permainan video hanya memfokuskan lelaki, namun ramai tidak mengetahui bahawa industri tersebut juga diterajui oleh pelbagai pembangun, pemain dan peminat permainan video wanita.

Bagi anda yang ingin mengetahui lebih lanjut dan mungkin juga berkongsi pengalaman anda berkenaan industri permainan video, anda boleh melayari laman Facebook di bawah dan menonton kesemua video yang dikongsikan oleh sebilangan wanita di dalam industri permainan video.

[info] Layari Laman Facebook : Women In Gaming [/info]

Leave a Reply