Informasi Permainan Video Terkini
Fruit Ninja Fight Bakal Hadir Dengan Kebolehan Bersaing Dengan Rakan Lain

Fruit Ninja Fight Bakal Hadir Dengan Kebolehan Bersaing Dengan Rakan Lain

Diterbitkan pada Mac 8, 2018 oleh .

Fruit Ninja merupakan salah satu permua popular yang menawarkan bentuk permainan yang memerlukan anda mencincang pelbagai buah-buahan dan mengumpulkan skor yang tinggi. Kini, pembangunnya sedang dalam persiapan untuk melancarkan versi terbaru permainan berkenaan, dinamakan sebagai Fruit Ninja Fight.

Fruit Ninja Fight meneruskan tradisi permainan asal berkenaan, tetapi kali ini menyertakan sokongan ciri multi-pemain. Kini, para pemain boleh mencabar rakan lain untuk 1-lawan-1, sekaligus melihat siapakah yang lebih hebat.

Buat masa ini, ia masih belum diketahui bilakah Fruit Ninja Fight ini akan dilancarkan secara rasminya. Ia telah pun disenaraikan pada Google Play Store, dan diuji dikalangan pengguna di sesetengah buah negara.

Layari : Fruit Ninja Fight di Play Store


TIPS & ULASAN