Skip to main content

Framed dan Framed 2 merupakan antara permua kegemaran kami kerana keunikan tekaria yang digunakan. Teknik permainan permua ini adalah berdasarkan komik di mana pemain perlu mengubah kedudukan setiap panel untuk menggerakkan penceritaan dan juga permainan.

Framed dan Framed 2 sekarang hanya ditawarakn di App Store dan juga Play Store. Pembangun permainan ini iaitu Loveshack Entertainment mengumumkan koleksi kedua-dua permainan ini iaitu Framed Collection akan tiba untuk Switch dan juga PC dan dijangkakan akan dikeluarkan pada suku kedua tahun ini tetapi tiada tarikh tetap yang dikongsi.

Setakat ini tiada maklumat mengenai jika koleksi ini mempunyai kelainan berbanding versi permua. Kami akan kongsi kan lebih lanjut apabila menerima lebih maklumat mengenai permainan ini.

Leave a Reply