Informasi Permainan Video Terkini
Permua Baru Dragon Ball Akan Diumumkan Pada 21 Mac

Permua Baru Dragon Ball Akan Diumumkan Pada 21 Mac

Diterbitkan pada Mac 7, 2018 oleh .

Bandai Namco melancarkan laman baru untuk mengacah permua terbaru Dragon Ball. Laman ini tidak menunjukkan sebarang maklumat lanjut kecuali kiraan masa sehingga 21 Mac ini. Kemungkinan besar permua ini akan diumumkan dan juga dikeluarkan pada tarikh tersebut.

Berdasarkan laman rasmi untuk Dragon Ball yang diterjemah oleh Siliconera, permua ini dikeluarkan untuk iOS dan juga Android. Permua ini juga boleh dimuat turun secara percuma dan akan mempunyai transaksi-mikro. Laman Twitter rasmi tidak menambah sebarang maklumat lain sebalinya juga hanya menyertakan pautan kepada laman ini.

Walaupun kami berminat dengan permua berdasarkan Dragon Ball akan tetapi oleh kerana ia adalah permua yang percuma sudah semestinya kebanyakan permainan bergantung kepada transaksi-mikro. Kami akan melaporkan apabila mendapat maklumat lebih lanjut mengenai permua ini, apabila dikeluarkan nanti.


TIPS & ULASAN