Informasi Permainan Video Terkini
Trailer Pertama Way To The Woods Dikeluarkan – Permainan Oleh Pembangun Berumur 18 Tahun
PC

Trailer Pertama Way To The Woods Dikeluarkan – Permainan Oleh Pembangun Berumur 18 Tahun

Diterbitkan pada Mac 6, 2018 oleh .

Way to the Woods mula mendapat perhatian apabila pembangun Anthony Tan berkongsi cekupan skrin di Reddit,rekaan artistik yang menarik bukan sahaja menerima pujian daripada pengguna Reddit tetapi beliau turut mendapat kerjasama dari Team17 untuk menerbitkan permainan ini.

2 tahun kemudian dan Anthony Tan yang sekarang berumur 18 tahun berkongsi trailer terbaru untuk permainan beliau. Trailer ini menunjukkan dua ekor Rusa di mana pemain akan mengawal melalui pelbagai tempat dan berinteraksi dengan persekitaran. Kemungkinan besar setiap kawasan akan mempunyai tekaria tersendiri.

Berdasarkan laporan oleh Polygon, beliau mengatakan pembangunan sedang berjalan dan ada banyak lagi yang perlu dibina. Berdasarkan trailer yang dikongsi, beliau mensasarkan permainan ini akan dikeluarkan pada awal 2019. Buat masa ini tidak banyak yang boleh dikatakan akan tetapi kami semestinya sangat berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai permainan ini.


TIPS & ULASAN