Detective Pikachu sebelum ini dikeluarkan di Jepun pada 2016, dan akan dikeluarkan untuk pasaran global pada 23 Mac nanti bagi konsol 3DS. Sebelum ini dikatakan pengeluaran versi global ini adalah sekadar menambah bahasa sahaja akan tetapi berdasarkan laporan GameXplain, mereka mengatakan permainan Detective Pikachu untuk pasaran global ini 3 kali lebih panjang dengan keseluruhan akan mengambil masa 9 hingga 12 jam untuk dihabiskan.
Mereka juga berkongsi mengenai kegunaan amiibo khas untuk Detective Pikachu iaitu membolehkan pemain mendapatkan kesemua Pika Prompt iaitu dialog khas yang dikatakan oleh Pikachu semasa di dalam permainan. Untuk video penuh laporan ini anda boleh menontonnya di bawah.
https://www.youtube.com/watch?v=bBfHlJC1NMQ