Skip to main content

Chuklefish iaitu pengeluar Starbound dan juga penerbit kepada Stardew Valley berkongsi maklumat lanjut mengenai permainan terbaru mereka Spellbound.

Menurut pengasas Chuklefish Finn Brice melalui Spellbound pemain akan memasuki sekolah yang memfokuskan kepada magis, di mana pemain boleh belajar magis, membuat ubatan dan pelbagai lagi.

Selain itu, aspek lain permainan ini adalah perhubungan pemain dengan watak lain di sekolah. Permainan adalah berdasarkan perjalanan pemain di dalam sekolah, perhubungan dan juga pelajaran magis sendiri.

Pemain boleh meningkatkan kebolehan magis mereka dengan menyelesaikan projek sekolah. Kehidupan di dalam sekolah juga akan memainkan peranan yang penting.

Menurut beliau, walaupun di dalam permainan ini magis adalah penting akan tetapi lebih banyak masa akan digunakan pemain untuk bertemu dengan watak-watak lain melalui misi, percintaan dan juga aktiviti sampingan yang lain.

Pertempuran juga akan ada di dalam permainan ini, dan menurut beliau Spellbound mengambil inspirasi daripada permainan Zelda yang lama, dan magis akan menggantikan pedang, panah dan bom.

Spellbound tidak akan mempunyai satu penceritaan mendatar yang besar akan tetapi lebih memfokuskan kepada pengembaraan dan boleh menjangkakan kepanjangan permainan seperti Stardew Valley.

Spellbound masih lagi di dalam pembangunan untuk PC akan tetapi pengeluaran untuk konsol termasuk Switch masih tidak ditolak. Walaupun masih tiada tarikh tetap yang diberikan akan tetapi berdasarkan teknik permainan, Spellbound nampak sangat menarik.

 

 

Leave a Reply