Blizzard Entertainment hari ini mengadakan sambutan khas bersempena dengan ulang-tahun yang ke-20 bagi permainan Star Craft. Dengan sambutan tersebut, Blizzard menyertakan pelbagai kandungan buat permainan Star Craft dan juga permainan-permainan lain oleh Blizzard.

Antara kandungan yang disertakan paparan antara muka yang baru bagi permainan Star Craft Remastered yang diumumkan tahun lepas. Blizzard juga menyertakan pelekat dan paparan baru buat Star Craft 2.

Selain itu, Blizzard juga menyertakan kostum Kerrigan untuk watak Widowmaker. Untuk mendapat kostum, pemain hanya perlu log masuk ke permainan Overwatch bermula 6 Mac sehingga 3 April ini.

Pada masa yang sama, bagi permainan Diablo III pemain akan mendapat Dominion’s Revenge sebagai haiwan-peliharaan tersebut. Blizzard juga menyertakan kandungan Hearthstone iaitu tiga pek Kobolds dan Catacombs. Manakala, pemain World Of Warcraft pula akan mendapat emote khas tabik dan pemain Heroes of The Storm akan mendapat potrait khas watak-watak permainan Star Craft.

Bagi anda yang berminat untuk mendapat kesemua kandungan tersebut, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkannya dengan hanya log masuk bagi permainan-permainan tersebut bermula bulan ini bersempena ulang tahun permainan Star Craft yang ke-20.

Sohor Kini