Informasi Permainan Video Terkini
Dapatkan FTL: Faster Than Light Secara Percuma Dengan Pembelian Into The Breach – Promosi Berakhir 6 Mac 2018
PC

Dapatkan FTL: Faster Than Light Secara Percuma Dengan Pembelian Into The Breach – Promosi Berakhir 6 Mac 2018

Diterbitkan pada Mac 4, 2018 oleh .

Walaupun baru dikeluarkan pada 27 Februari lepas, permainan Into the Breach sudah mendapat pelbagai reaksi positif. Di Steam, permainan ini mendapat 94% ulasan yang positif daripada 1234 ulasan keseluruhan. Bahkan Into the Breach juga dicalonkan di dalam Anugerah Independent Games Festival 2018 yang akan berlangsung pada 21 Mac ini untuk kategori rekaan terbaik.

Into the Breach merupakan permainan strategi yang dikeluarkan oleh Subset Games iaitu pengeluar permainan FTL: Faster Than Light yang sangat digemari ramai semasa dikeluarkan pada tahun 2012. Mungkin untuk memastikan pemain mencuba kedua-dua permainan bermula sekarang sehingga 6 Mac, pemain yang membeli Into the Breach turut akan mendapat FTL: Faster Than Light secara percuma.

Promosi ini ditawarkan dengan harga RM32 di Steam dan $14.99(RM58) di GOG dan juga Humble Store. Pastikan anda mendapatkannya sebelum terlambat. Jika anda membelinya di Steam dan sudah memiliki FTL, ianya akan dimasukkan sebagai hadiah di mana anda boleh memberinya kepada rakan anda.

Steam: Into the Breach

GOG: Into the Breach

Humble Store: Into the Breach


TIPS & ULASAN