Melalui pengumuman di Reddit, Ubisoft menyatakan bermula minggu hadapan, Rainbow Six Siege akan menggunakan sistem baru yang lebih baik untuk mengharamkan pemain yang menggunakan perkataan berbaur perkauman, homofobia, atau caci maki yang keterlaluan.

Bergantung kepada setiap kes, pemain mungkin akan diharamkan secara sementara iaitu 2 hari, 7 hari dan 15 hari ataupun secara kekal. Sistem ini tidak memerlukan sesuatu kes dilaporkan oleh pemain lain akan tetapi laporan dari pemain akan lebih mempercepatkan proses pengharaman.

Pemain yang diharamkan akan diberitahu, pesanan kepada semua pemain juga akan dikeluarkan. Menurut Ubisoft lagi ini hanyalah langkah pertama untuk meningkatkan kualiti pengalaman bagi Rainbow Six Siege.

Apabila ditanya sama ada sistem ini hanya untuk PC, Ubisoft mengesahkannya kerana pemain di konsol Playstation dan Xbox One bergantung kepada sistem yang disediakan oleh Sony dan juga Microsoft.

Ini merupakan langkah yang baik dari Ubisoft, pengalaman adalah sangat penting untuk permainan di atas talian. Mengikut pengalaman anda, adakah pernah ada menerima layanan buruk dari pemain lain dan apakah tindakan yang anda ambil?

Sohor Kini