Dengan peningkatan jumlah telefon pintar bersama kemudahan untuk mengakses kandungan permainan melalui peranti tersebut, tampaknya industri permua juga kini berkembang pesat di China menurut laporan Pocket Gamer. Laporan tersebut juga menyatakan bahawa industri permua juga bakal mengatasi permainan PC menjelang 2018 ini di China.
Antara permainan yang mendapat jumlah muat-turun yang tertinggi adalah dua permainan daripada Tencent dan NetEase iaitu Honor of Kings dan Knives Out.
Permua Honor Of Kings yang mana merupakan permainan memfokuskan bentuk MOBA yang dilancarkan seluruh dunia sebelum ini sebagai Arena Of Valor merupakan permua yang mendapat jumlah muat-turun tertinggi di China.
Manakala permua Knives Out iaitu permainan yang memfokuskan battler royale tampaknya mendapat sambutan ramai, tambahan juga kini, semakin banyak pembangun permainan membawa permainan bergenre tersebut ke dalam peranti telefon pintar.
Perkara ini juga dapat dibuktikan kerana kedua-dua permua yang mendapat jumlah muat-turun tertinggi tersebut sebelum ini merupakan permainan bergenre yang hanya terdapat di PC dimana sekarang, kedua-dua permainan bergenre MOBA dan battle royale boleh dimainkan di telefon pintar melalui permua.
Tambahan juga, pada 2017 hasil jumlah pendapatan bagi permua di China sahaja menghasilkan lebih dari RM41 juta dengan jumlah pemain melebihi 550 juta. Memandangkan peningkatan jumlah pemain bersama populariti permainan battle royale yang semakin meningkat, ia tidak mustahil untuk industri permua berjaya menindas industri permainan video di PC.