Blue Mammoth Games hari ini mengumumkan melalui blog rasmi permainan Brawlhalla bahawa mereka kini dimiliki oleh Ubisoft.

Blue Mammoth Games merupakan pembangun bagi permainan percuma Brawlhalla yang memfokuskan bentuk permainan perlawanan. Ia dilancarkan tahun lepas di Playstation 4 dan PC dan mempunyai pelbagai kandungan tambahan yang dijual secara berasingan.

Menurut Blue Mammoth Games, dengan perolehan tersebut, mereka kini dapat memfokuskan lagi banyak kandungan bagi permainan Brawlhalla dan pelbagai lagi pernambah-baikkan bagi permainan tersebut.

Pada masa yang sama, mereka juga menyatakan mereka akan mengekalkan permainan tersebut sebagai permainan percuma dan tidak akan meletakkan kandungan bayar untuk menang buat pemain.

Blue Mammoth Games juga menyatakan terima kasih kepada sokongan peminat sepanjang pembangunan permainan tersebut.

Sohor Kini