Informasi Permainan Video Terkini
Sony Melakukan Penstrukturan Semula Untuk Memfokuskan Operasi Pembangunan Dan Pemasaran

Sony Melakukan Penstrukturan Semula Untuk Memfokuskan Operasi Pembangunan Dan Pemasaran

Diterbitkan pada Mac 2, 2018 oleh .

Sony Interactive Entertaiment (SIE) mengumumkan yang mereka akan melakukan penstrukturan semula bermula 1 April nanti untuk memfokuskan pengeluaran permainan pihak pertama yang lebih menarik.

Bermula 1 April, kesemua bahagian jualan dan pemasaran di dalam Sony Interactive Entertainment America (SIEA), Europe (SIEE) dan Japan Asia (SIEJA) akan melapor terus kepada naib presiden SIE dan ketua jualan dan pemasaran global, Jim Ryan.

Presiden SIEA dan pengerusi Worldwide Studios Shawn Layden akan lebih memfokuskan masa beliau untuk membantu pasukan pembangun Sony seperti Media Molecule dan Naughty Dog untuk mengeluarkan kandungan utama.

Phil Rosenberg yang sebelum ini merupakan naib presiden kanan untuk pembangunan dan penerbitan dan hubungan pembangun di SIEA akan menjadi ketua perhubungan penerbitan dan pembangunan global.

Penstrukturan ini menunjukkan penyelarasan untuk meletakkan pelbagai cawangan ke bawah satu pengurusan agar usaha secara menyeluruh lebih mudah untuk dilakukan.

Bagi kami ini merupakan berita baik untuk pemain, Sony sudah mengeluarkan permainan pihak pertama yang berkualiti untuk Playstation 4 jika mereka menambah lagi usaha mereka sudah semestinya sangat dilalukan-alukan.


TIPS & ULASAN